Khamis, 10 Julai 2014

:::TUTUP AURAT BUKAN HANYA BERTUDUNG :::

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم



Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat para pembaca yang saya hormati sekalian.

Segala puji bagi Allah s.w.t atas segala-galanya yang telah diberikan kepada kita terutama nikmat iman dan nikmat Islam. 
Mohonlah kepada Allah s.w.t tanpa jemu agar kita dihidupkan dengan iman, dimatikan dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurgaNya dengan iman.
Iman, iaitu kepercayaan dan keyakinan yang dilafazkan dengan lisan, dibuktikan dengan amalan zahir dan membenarkan dengan hati. 
Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w...



:::TUTUP AURAT BUKAN HANYA BERTUDUNG :::

Ramai yang PAKAI TUDUNG tapi tak
Ramai yang TUTUP AURAT DENGAN SEMPURNA...
Senang nak cari ORANG yang bertudung
tapi susah nak cari orang yang
TUTUP AURAT DENGAN SEMPURNA...

Selasa, 5 Februari 2013

DoA mElEmBuTkAn HaTi

Doa Nabi Yunus #penawar segala musibah#


Assalamualaikum semua... Alhamdulillah3.. hari ini kita bangkit dari tidur dan bersyukur kehadrat Allah SWT yang kita masih lagi bernyawa dan diberi peluang untuk bertaubat kepada-Nya. Baik dan buruk diri manusia itu bukan kita yang harus menilai sebaliknya DIA yang MAHA ESA. Buangkanlah sikap suka memburuk2kan sesama kita kerana sifat itu paling disukai oleh syaitan yang suka melihat kita bermusuhan dan berburuk sangka kepada mereka yang kita sendiri tidak kenali kebaikan budinya.. Semoga Allah SWT sentiasa menerima keampunan dari hamba2mu yang menganiaya diri sendiri.
Setiap pagi kita sama2 mengamalkan satu rahsia DOA NABI YUNUS yang sememangnya wajib kita sertakan setiap kali kita berdoa kepada Allah SWT selepas solat lima waktu. Amalkan DOA ini agar segala masalah2 kita seperti hutang yang besar atau kecil + musibah yang besar + masalah2 yang susah untuk diselesaikan atau apa jua sekalipun. Berdoalah setiap hari sekurang2nya tiga kali sehari tidak kira dalam keadaan apa jua pun terutama bila kita dalam keadaan yang sangat2 memerlukan pertolongan dari-Nya. Moga2 Allah SWT mendengar dan permudahkan segala urusan kita. 
~ Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri ~
Nota
Rahsia DOA NABI YUNUS ini sangat2 besar maknanya. Amalkanlah setiap hari tidak kira walau dalam keadaan kesenangan atau kesusahan. Sentiasa ucap SYUKUR ALHAMDULILLAH nikmat ALLAH SWT berikan walaupun ianya hanya sekeping roti. Allah SWT amat sayang pada hamba-Nya yang sentiasa BERSYUKUR dan bukan MERUNGUT.

P.S. Memang besar khasiat doa Nabi Yunus ini. Baca dan amalkanlah wahai sahabat2ku sekelian kerana didalamnya terdapat rahsia yang sangat luar biasa. Bacalah seberapa banyak mana pun doa ini. Tiada ruginya malahan besar pahalanya dan menguntungkan diri.

Isnin, 4 Februari 2013

Kelebihan Sembahyang Dhuha





Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:
“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”(Riwayat Ahmad)
Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.
Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:
“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan."
Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)
Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.
Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)
Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : ” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).

Ahad, 3 Februari 2013

kElEbIhAn BuLaN mUhArAm

1. Bulan Muharram ialah bulan pertama dalam kalendar hijriah.

2. Bulan Muharram adalah salah satu dari pada bulan-bulan Haram.

Allah berfirman, ”Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.” (At-Taubah: 36)

Nabi saw. bersabda, “Satu tahun itu ada dua belas bulan. Di antaranya ada empat bulan suci. Tiga bulan berturut-turut iaitu Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram. Dan satu bulan lagi adalah Rejab yang terletak antara Jamadil Akhir dan Sya’ban.” (HR Muslim no. 1679)

Bulan Haram yang dihormati itu ialah: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.

Umat Islam dilarang berperang dan berbunuhan dalam bulan-bulan ini kecuali jika mereka diugut.

Larangan untuk melakukan maksiat adalah lebih keras dibanding bulan-bulan lain.


Abdullah Ibnu Abbas ra. mengatakan maksiat yang dilakukan di bulan haram adalah lebih besar dosanya dan amal baik yang dilakukan di bulan haram adalah lebih besar pahalanya. (Tafsir At-Thabari)

Al Allamah Ibnu Hajar menulis, telah meriwayatkan oleh Abi Daud bahawa Nabi (صلى الله عليه وسلم) memandubkan (yakni SUNAT) berpuasa di BULAN-BULAN HARAM .

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Puasa yang paling utama sesudah puasa bulan Ramadan ialah puasa di bulan Muharram". (HR Muslim no. 1163) 

Ahad, 27 Januari 2013

KELEBIHAN PUASA SUNAT ISNIN DAN KHAMIS


Sebagai umat Islam. Nabi Muhammad SAW menyarankan agar kita dapat mengamalkan berpuasa sunat Isnin dan Khamis. Baginda memilih dua hari tersebut kerana dianggap hari yang paling istimewa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Kelebihan Puasa Sunat Isnin Dan Khamis | Puasa bukan sahaja menahan diri dari lapar dan dahaga, malah ia melatih kita supaya mengawal diri daripada melakukan perkara-perkara yang tidak baik. Selain itu, berpuasa sunat merupakanamalan yang baginda Rasulullah SAW sering lakukan iaitu pada hari isnin dan khamis. Namun tahukah kita apakah kelebihan puasa sunat isnin dan khamis? Jom kita lihat apa keistimewaannya di bawah ini.
Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Segala amal dibentangkan (oleh malaikat ke hadrat Allah Rabb al-’Alamin) pada tiap-tiap hari Isnin dan hari Khamis, oleh itu aku suka amalku dibentangkan semasa aku sedang berpuasa.” - (Hadith Hasan Gharib – Riwayat Tirmizi)
Dengan ini dapat difaham bahawa hadith riwayat Muslim itu hanya menerangkan keistimewaan hari Isnin dan hari Khamis, manakala hadith riwayat Tirmizi yang lalu menerangkan; Baginda berpuasa pada kedua-dua hari itu ialah disebabkan keistimewannya yang tersebut.
Keistimewaan Hari Isnin Secara Khusus
Hari Isnin pula mempunyai keistimewaan yang lain. Ini diterangkan dalam hadith yang berikut:
“Hari itu (hari yang bersejarah, kerana) padanya aku dilahirkan dan padanya aku diutus menjadi Rasul – atau pada hari itulah (mula-mula) diturunkan al-Qur’an kepada aku.” - (Hadith Sahih – Riwayat Muslim)
Daripada hadith ini dapat difaham dengan jelas, bahawa sebabnya Rasulullah s.a.w. mengambil berat berpuasa pada tiap-tiap hari Isnin ialah sebagai bersyukur kepada Allah s.w.t kerana pada hari inilah Baginda diputerakan (hari maulidnya) dan pada hari inilah juga al-Qur’an mula-mula diturunkan serta Baginda diutuskan menjadi Rasulullahsebagai rahmat bagi seluruh alam.

Rabu, 5 Disember 2012

:::JAGALAH AURAT DENGAN SEMPURNA:::





:::JAGALAH AURAT DENGAN SEMPURNA:::

Adik : akak , kenapa pergi sekolah akak pakai tudung tapi bila kat luar sekolah akak tak pakai tudung ?

Akak : Alaa , peraturan sekolah kena pakai tudung laa , kalau tak pakai nanti kena ronta . ish malu tau ark kalau kena rotan . Sakit pulak tu .

Adik : Ouhhh , jadi akak takut laa dengan peraturan sekolah ?

Akak : Iye laa adik . kalau tak pakai , kang tak pasal-pasal kena rotan . Eii tak mao laa . Sakitt dan maluuu .

Adik : Habeh , akak tak takut ke kena rotan kat dalam kubur ? Akak tak takut ke nanti kena bakar sebab tak pakai tudung . Rambut tu kan sebahagian daripada aurat perempuan .

Akak takut peraturan sekolah , tapi peraturan Allah , akak abaikan . Akak malu bila dirotan , tapi akak tak malu pulak ek melanggar peraturan Allah . Kena rotan dalam kubur lebih sakit daripada kena rotan kat sekolah .

Kita nie hamba Allah je , kita tak de hak nak melanggar peraturan Allah . Berubahlah akak selagi sempat . Tutuplah aurat akak , kalau akak sayangkan abi , ummi , abang dan adik . Adik sayang akak , adik tak nak nanti akak kena seksa dalam kubur dan kena bakar . Tutup aurat yea akak . :')

*orang perempuan lebih Cantik,manis dan berseri apabila bertudung...^_^